下次再来哟!!

Labels

Showing posts with label Course Notes. Show all posts
Showing posts with label Course Notes. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

Sistem Suria

Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat sistem, 8 buah planet yang beredar mengelilingi Matahari pada orbit masing-masing, satelit-satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet.
*Orbit ; Laluan objek atau juzuk berbentuk elips untuk mengelilingi matahari.

8 buah planet mengikut susunan paling hampir dengan Matahari :
Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’).

Bagaimana langit melindungi bumi

Baiklah di kesempatan waktu yang sedikit ini, saya ingin mengajak pembaca sekali lagi untuk meneroka angkasa lepas. Anda tentu sedia maklum bahawa terdapat 8 buah planet di dalam sistem suria kita bukan?

Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat Sallehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.

Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.

Berikut petikan yang diambil dari website NASA.

Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.

Saturday, 25 February 2012

Science Process Skill

Science Process Skill

Science process skills that need to be developed in the science.

curriculum are as follows:

  1) Observing.
  2) Classifiying
  3) Measuring and using numbers.
  4) Inferring. 
  5) Predicting.
  6) Communicating.
  7) Using space/time relationship.
  8) Interpreting data.
  9) Defining operationally.
10) Controlling variables.
11) Hypothesising.
12) Experimenting.