Sunday, 22 April 2012

Sistem Suria

Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat sistem, 8 buah planet yang beredar mengelilingi Matahari pada orbit masing-masing, satelit-satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet.
*Orbit ; Laluan objek atau juzuk berbentuk elips untuk mengelilingi matahari.

8 buah planet mengikut susunan paling hampir dengan Matahari :
Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’).

Bagaimana langit melindungi bumi

Baiklah di kesempatan waktu yang sedikit ini, saya ingin mengajak pembaca sekali lagi untuk meneroka angkasa lepas. Anda tentu sedia maklum bahawa terdapat 8 buah planet di dalam sistem suria kita bukan?

Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat Sallehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.

Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.

Berikut petikan yang diambil dari website NASA.

Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.

Rancangan Pengajaran Harian MACRO


Fasa
Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi/
Menjana Idea
(3 minit)
Pengenalan 
Tajuk
 Pengajaran dengan Menyatakan Tempat Perlindungan Haiwan



1.      Menghubung kaitkan pengetahuan sedia pada murid dengan menunjukkan gambar dan menyoal soalan yang berkaitan dengan tempat tinggal haiwan untuk hidup.

2.      Guru memaparkan gambar arnab dan 3 jenis tempat tinggal haiwan pada papan putih seperti di sebelah.

3.      Guru meminta murid-murid memerhatikan gambar yang dipaparkan pada papan putih.

4.      Sesi soal jawab kelas:
Mengikut tempat tinggal  haiwan, guru menyoal murid
i.       Pernahkah kamu memelihara arnab?
ii.      Berdasarkan 3 keping gambar tempat tinggal haiwan, arnab lebih sesuai tinggal di mana?
iii.     Mengapakah tempat B sesuai bagi arnab untuk tinggal?
iv.     Mengapakah arnab tidak sesuai tinggal dalam tempat C

1.    Murid-murid memerhati gambar yang dipaparkan oleh guru.

2.      Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.









Jawapan:
  i.      Bebas menjawab. Ya/ Tidak
 ii.      Tempat B
iii.      Sangkar dapat memberikan arnab untuk bernafas.
iv.      Arnab tidak dapat bernafas dalam akuarium.

Strategi/ teknik:
Sesi soal jawab kelas

KPS:
Berkomuni-kasi
Memerhati
Menginferens

KBS:
Menghubungkait

ABM
Gambar


Pencetusan Idea
(10 minit)
Aktiviti Memadankan Haiwan Dengan Tempat Perlindungannya


1.       Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan tempat perlindungan haiwan.
Contoh:
kolam, gua, pokok, dalam tanah dan padang rumput.

2.       Guru memaparkan 5 keping gambar tempat perlindungan haiwan pada papan putih.

3.       Guru meminta 5 orang murid memadankan gambar haiwan dengan mengikut tempat perlindungan haiwan.


4.       Guru berbincang jawapan dengan murid-murid.






5.       Sesi soal jawab kelas:
i.     Apakah yang akan terjadi jika ikan tinggal di hutan? Mengapakah ikan itu mati?
ii.    Mengapakah kuda sesuai tinggal di padang rumput?
iii.   Mengapakah cacing tinggal dalam tanah?
iv.  Katak sesuai tinggal di mana?
v.   Mengapakah katak sesuai tinggal di darat dan di air?
vi.  Mengapakah tempat perlindungan itu penting kepada haiwan?






1.   5 orang murid tampil ke depan dan memadankan gambar haiwan mengikut tempat perlindungan haiwan.

2.   Murid-murid berbincang jawapan bersama guru.

3.   Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

     Jawapan:
i.    Ikan akan mati. Kerana ikan memerlukan air untuk hidup.
ii.   Kuda memerlukan udara untuk bernafas di atas darat dan memerlukan makanan seperti rumput.
iii.  Cacing memerlukan tempat yang lembap untuk hidup.
iv. Di darat / di dalam air.
v.  Katak merupakan amfibia yang sesuai tinggal di darat dan dalam air.
vi. Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, panas dan hujan.

Strategi/ teknik:
Sesi soal jawab kelas

KPS:
1.   Berkomunikasi
2.    Meramal
3.    Menginferens

KBS:
1.    Menghubungkait
2.    Mengelas

Nilai Murni:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Tahap Kognitif:
1.     Pengetahuan
2.     Kefahaman

ABM:
·       Gambar
·       Kad perkataan

Penstruktur Semula Idea
(10 minit)
Aktiviti Kumpulan: Mengelas Haiwan Dengan Tempat Perlindungan Haiwan.
Contoh :
kolam, gua, pokok, dalam tanah dan padang rumput.

1.    Guru mengagihkan murid-murid kepada 2 kumpulan.

2.    Guru meminta murid-murid mengeluarkan gambar haiwan yang telah disediakan.

3.    Guru meminta murid-murid menampalkan gambar-gambar haiwan mengikut kumpulan tempat perlindungan haiwan pada sekeping kad manila.

4.    Guru mengawasi kelas sambil member bimbingan kepada murid.
5.    Guru meminta ketua kumpulan tampil ke depan dan memaparkan hasil kerja kumpulannya.

6.    Guru membuat perbincangan bersama murid-murid.

1.   Murid-murid bergerak mengikut kumpulan sendiri.

2.   Murid-murid mengeluarkan gambar haiwan yang disediakan.

3.   Murid-murid mengkategorikan gambar-gambar haiwan mengikut tempat perlindungan haiwan pada kad manila.






4.   Ketua kumpulan tampil ke depan dan memaparkan hasil kerja kumpulannya pada papan putih.

5.   Murid-murid berbincang bersama guru.

KPS:
1.   Berkomunikasi
2.   Mengelas

KMS:
Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

KBS:
1.    Mengumpul dan mengelas
2.    Menghubungkait

Nilai Murni:
Bekerjasama

ABM
·       Kad manila
·       Gambar-gambar haiwan
·       Pen marker


Aplikasi Idea
(5 minit)
Aktiviti Pengayahan
Lemabaran kerja-
Rujuk Lampiran 1 & 2
1.     Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid.

2.     Guru memberi arahan dan menerangkan cara membuat aktiviti lembaran kerja.

3.     Guru mengawas kelas sambil memberi bimbingan kepada murid.
1.   Murid-murid mendengar arahan dan penerangan guru.

2.   Murid-murid membuat lembaran kerja yang diberi oleh guru.

Tahap Kognitif:
1.     Pengetahuan
2.     Aplikasi

ABM
Lembaran kerja
Refleksi/
Penutup

(2 minit)
Permainan puzzle
k
b
r
t
p
o
g
u
a
o
l
c
m
n
k
a
d
p
a
o
m
e
u
h
k
1.     Guru memaparkan kad manila yang mengandungi huruf dan meminta murid membulatkan tempat perlindungan yang telah pelajari.

2.     Guru menasihati murid-murid supaya menghargai alam sekitar dengan tidak membakar hutan sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kepupusan haiwan.
1.  Murid-murid tampil ke depan dan membulatkan tempat perlindungan yang telah pelajari pada kad manila.

2.  Murid-murid mendengar kesimpulan pengajaran yang dibuat oleh guru.
Nilai Murni:
Bertanggungjawab terhadap alam sekitar

ABM
Puzzle